Wednesday, 10 July 2013

TIPS FOTOGRAFI UNTUK BAKAL PENGANTIN

Assalamualaikum!

Salam 1 Ramadhan. (bukan 1 Malaysia ye, eh?)

Sekarang ni aku dah mula start survey untuk official photographer wedding aku. Actually, tak tau la aku ni dikira still awal nak buat bende 2 ni sume or memang normal je. Entah la. Hmmm.. So far, dari hasil pencarian aku, boleh dikatan budget untuk OP is around RM3000-4000. Nangis T T. Tu pon kira pakej biase je. Nangis lagi.T T. Nasib la sekarang aku dah start dengan second income aku which is Premium Beautiful (PB). Memang matlamat join the biz salah satu sebab KOS KAHWIN YANG TINGGI LA NIIIII. Anyway, kahwin kan sekali. Kena la all out kan. (Orang nafsu besar berkata-kata).More on PB in the next entry. hehehe. Sempat promote.

Dalam banyak2 page OP yang aku dah survey setakat ni, aku sangatlah tertarik dengan entry daripada Syagrasyidd ni. Hasil kerja beliau pon sangat2 superb dan cantik2. Terus masuk short list OP untuk wedding nanti. Hiks. Tips yang die tulis memang sangat berguna especially untuk semua bakal2 pengantin and also keluarga dan rakan2 pengantin sekali. Kadang-kadang bila dalam majlis tu, kita tak akan perasan satu bende kecil yang boleh mencacatkan gambar-gambar perkahwinan kita kan? Jadi, jom baca tips2 ni then pastikan apply dekat majlis kita nanti ye. Tunjuk sekali artikel ni kat mak abah,atuk nenek, kakak,abang,mak long pak ngah,mak lang sume ye!


Tips for Typical Malaysian Malay Wedding from a Photographer perspective

“Tips for typical Malaysian Malay Wedding from a Photographer perspective”. Artikel ini ditulis untuk membantu jurugambar/official photographer (OP) mendapat shot yang lebih cantik dan natural serta sedikit tips sampingan. Khasnya untuk keluarga yang pertama kali mengadakan majlis/kenduri tersebut, pasti ada suara makcik sana, pakcik sini menyuruh itu, begitu, begini tak betul, dan macam2 lagi yang kadang2 membuatkan suasana jadi awkward, keliru. Dengan adanya rujukan ini, harapnya plan pengantin/keluarga akan teratur dan lebih selesa.
Tips untuk Perancangan Majlis.
1. Berikan ahli keluarga anda button badge atau sekurang-kurangnya reben untuk dipakai, jadi OP akan dapat betul2 pasti siapakah secondary target yang harus diberi perhatian selain daripada pasangan pengantin itu sendiri semestinya sebagai main target pada hari itu. / Lebih elok juga, jika mereka memakai pakaian dengan warna tema yang sama.
2. Warna tema/utama atau secondary paling sesuai/ selamat/ elegan: Putih
Backdrop putih : Glowing light dari belakang pengantin akan lebih cantik
Alas meja putih : Pantulan cahaya natural akan ‘menerangkan’ sedikit wajah/subjek-subjek di atas meja.

Payung putih : Malaysia selalunya mendapat cahaya yang sangat terang pada waktu tengahari. Payung putih akan menjadikan cahaya terang lebihsoft di muka. Kalau payung merah, dah tentu merah sedikit la muka kan.. Jadi tak perlu nak fikir kalau tema merah, semua mesti nak merah. Itu tak berapa sesuai untuk keadaan tertentu.

3. Warna-warna lain yang sedap mata memandang: Warna pastel, tidak berkilat. Dinding rumah atau langsir dengan warna2 pastel memberikan impak luas pada mata, kalau merah pekat ke biru gelap ke rumah nampak sempit je nanti.
4. Hantaran : Janganlah suruh makcik simpan henfon tu, kamera tu, cincin tu, kalau jenis nikah di masjid yang masa terhad, OP tak sempat nak mintak2 “mana kamera ni, kotak je.. Mana henfon, ni sarung je..” Nanti kalau takde gambar, OP la yang kena.. padahal makcik awak yang simpan takut nak letak takut kena curi katanya..
5. Bunga telur depan pelamin : nanti masa bergambar dengan keluarga mesti ada yang tersepak, terduduk.. pada aku bunga telur depan pelamin dah tak perlu lagi.. / tak payah nak bagi tetamu bunga telur tu lepas salam pengantin, SELALUNYA OP akan ter-miss gambar bersalamn yang sebelah tu sebab yang depan OP ni sibuk nak hulur2 bunga telur.. bunga telur tu masa diorang makan kan boleh bagi juga.. pendapat peribadi jela..
6. Guestbook : Elok juga kalau ada, anda tahu la sapa yang datang ke tak datang ke nanti. Nanti masa dah tua2 nanti, boleh selak2 guestbook ni. Boleh la refresh sikit baca wish kawan2 dalam tu yang apa-apa entah diorang tulis masa muda2 dulu. Guestbook mahal atau murah tak penting, asalkan ada.
7. Hari untuk mengadakan majlis : Sabtu pada awal bulan. Sebab tetamu yang jauh tak risau untuk datang, esok penat kena kerja, etc. Umumnya, esok hari hari Ahad, boleh rehat, jadi tiada alasan untuk tidak hadir. Dan buat pada awal bulan sebab kebanyakannya sudah bergaji, jadi lebih la sikit hadiah yang anda dapat (harapan lol)
8. Nikah pagi atau malam? Rasanya lagi best kalau buat majlis nikah berasingan dengan hari sanding. Nanti takut penat sangat start A  Z sehari je.Maybe elok Nikah Jumaat petang atau malamthen reception sabtu esoknya.
9. Nikah di rumah atau dewan/masjid? Kalau rumah sempit, buatlah di masjid/surau/dewan. OP perlukan ruang untuk mendapatkan shot2 kreatif. Tak sesuai lah nak melangkah2 tetamu. Pengantin ni kalau boleh gambar dia nak dari semua angle kan? Kalau tempat sempit macam mana OP nak bergerak? Sekiranya tiada pilihan, buatlah saja di rumah tiada masalah. Mungkin boleh kurangkan sedikit bilangan jemputan tetamu masa nikah, masa sanding esok kan boleh datang lagi kan?
10. Gambar masa bersiap. – Sejujurnya, fasa mula2 masa bermekap tu tiada cantiknya. Calit sana sini. Kalau snap pun hanya untuk rekod saja “inilah muka anda kalau tak mekap”. Jadi harapnya janganlah expect OP akanshoot gambar anda dari A to Z masa anda mekap. Lagi lama coverage hoursOP, lagi banyak anda kena keluar kos kan?
11. Portrait session – percayalah pada OP anda. Diorang lebih banyak kali keluar dengan pengantin berbanding korang. Jadi mereka lebih tahu lokasi apa yang sesuai dan match dengan warna baju. Tak semestinya Putrajayaaaaaaaaaaaaaaaaaa je… tempat yang simple depan rumah pun kadang2 cantik, tak perlu nak pergi taman jogging yang 45km dari dewan majlis..
12. Subjek dan environment memainkan peranan penting untuk gambar kelihatan cantik. Bukan sebab OP tak tau amik gambar.. Jangan mengharap gambar kereta kancil nak nampak macam Audi A5 siap ada lampu LED tiba2 dalam kamera. Begitulah perumpamaannya, sudi2lah memahami…
Tips untuk Majlis Nikah.
1. Nikah : Kalau jurunikah tanya nak test dulu, cakap je ok nak test dulu.. kalau test, so OP ada banyak angle  boleh snap. Lagi2 untuk yang hireseorang OP saja.
2. Sarung cincin di jari manis tangan kiri(simbolik bahawa ia satu-satunya jari yang ada salur darah terus ke hati.) Wiki

3. Cium dahi, cium pipi, blablabla… buat saja ikut cakap makcik/pakcik.. bagi chance diorang snap gambar. Kalau dalam masjid selalunya jurunikah suruh cepatkan. OP boleh redo semula action tu selepas event (kalau sempat) dengan closed-shot yang kurang menampakkan background. Nanti dalam album, boleh susun semula.
4. TISU : Letak tepi, bukan genggam 24jam. Berdoa nak aminkan doa, bukan nak tadah tisu. Tak lawa gambar berdoa, tapi ada tisu. Tau la touching.. letak tepi je, nak lap pakai amik letak balik.
5. Bersalaman/laga pipi : tak perlu herotkan mulut, muncungkan mulut.SENYUM sahaja. Lebih cantik.
 Tips Untuk Reception.
(Rujukan ini dibuat mengikut aturcara biasa : 11am >5pm)

1. Aturcara secara umum : Berkumpul > berarak ke pelamin > salam restu > makan > potong kek > bergambar dengan keluarga pelawat > bergambar dengan rakan > bersalaman dengan tetamu > bergambar dengan keluarga tuan rumah > sesi portrait
2. Kedudukan : Bersanding atau berjalan menuju ke pentas pelamin – Lelaki sebelah kanan, perempuan kiri( simbolik perempuan lahir dari tulang rusuk kiri lelaki)
3. Tangan kanan pengantin perempuan memegang/memaut tangan lelaki. Tangan kiri pegang hand-bouquet.
4. Semasa berjalan menuju ke pelamin, pandang tetamu atau kamera, senyum atau lambai pada mereka. Elakkan pandang ke bawah selalu.
5. Kalau ada flower girl, seelok2nya mereka berjalan di tepi kiri dan kanan, kosongkan tengah, so OP akan dapat shot muka pengantin. Tetamu/OP nak tengok pengantin bukan flower girl sahaja.
6. Semasa sesi renjis/salam di atas pelamin, pengapit kalau boleh berhenti sebentar dari ‘mengipas’ pengantin untuk bagi ruang pada OP. Sekejap saja, masa ada tetamu atas pelamin, lepas diorang turun, sambung kipas semula. (selalunya jurugambar akan berada di sebelah tepi untuk mendapat shot yang menampakkan kedua2 muka tetamu dan  pengantin dalam satu shot.) 
7. Gambar bersuap. – Jangan risau. Gambar suap menganga takde yang cantiknya. Jadi jangan gelabah masa makcik anda kelam kabut suruh suap2 dan jerit2 kat OP. Suap je depan2 dia bagi dia puas hati. Gambar bersuap tu boleh diulang lagi nanti. Sesetengah OP tak masukkan shot bersuap tu dalam album pun, sebab mostly anggap itu moment yang agak tak berapa sopan. Tahukah anda jika ada VIP, OP selalunya tidak digalakkan untuk mengambil gambar ketika acara makan?
8. Semasa bersalaman ucapkan terima kasih. Berbual la lama sikit… tanya la dah makan ke (padahal kau dah nampak dia tengah makan kan?), dah lama ke sampai, keja mana sekarang, anak dah berapa, kau bawak hadiah tak harini (eh?!) ini sebenarnya untuk memberi moment beberapa saat kepada OP untuk mendapat shot yang natural. Then pengantin ajakla diorang bergambar (kalau da abes makan) sekeping dua, kat mana2 pun takpe tepi meja makan tu boleh je kalau pelamin jauh sangat, janji ada gambar.
———— (kalau ada lg miss, nanti aku update lah kalau ada masa)
Sekian. Boleh share kalau mahu. Semoga majlis anda berjalan lancar.

To Syagrasyiid, thanks for this important notes. Will be contacting you soon! Eh, terus decide??

Monday, 24 June 2013

THE ENGAGEMENT : 01.06.2013

Assalamualaikum.
Still in the mood to write about the engagement.hehe.Tapi dari tadi tengah pikir idea ape nak tulis. It went well i guess even there were some technical issues that i feel that can be done much better. But overall, I must say i am satisfied and i am really grateful to have my beloved families and friends especially my supermom helping me out through the event. Perkara yang aku perlu take note after this for my big day is never do anything last minute. Like cari shawl and nak jahit beading kat baju a few hours before the event. Pandai sungguh! And make sure you have the right foundation for your skin types or otherwise you will look like you just ran from the 10km marathon on the dais. Sigh. I wish I could turn back time to ammend all the mistakes on that day. Oh one more thing, jangan sibuk ke sana ke mari if u are the bride. Just stay at the dais. Sebab aku kena marah sebab orang nak amik gambar dengan aku tapi bridenye xde (eh da bride ke? perasan betul.baru tunang je kot). And hire the official photographer if you want everything to be captured. Aku yang super cheapskate ini sangat menyesal dengan decision yang diambil untuk tidak mengambil photographer. Xpe for my next big event aku dah start shortlisted kan mane photographer yang mcam kena ngan budget aku. Semua hal remeh temeh ni hopefully akan aku cuba perbaiki on my preparation for the wedding. Kira engagement ni macam mock wedding day gak la. Hehehe.Orang cakap biar gambar saje berkate-kate.So, here are some pictures taken during my engagement day.



 my kesayangan :)  Picture blur.syg betul!
Bff since UKM 

Potong kek begum. Oh birthday begum jatuh sama hari dengan my e-day. Saje revenge sebab die kawen pon mase birthday aku. huahauhaua *evil laugh*

Cium tangan bakal mak mentua. :)

During tunggu kena panggil sarung cincin.

Yang depan tu mak orang tu,x behave sungguh mak orang tu. :P

Trying out the new i-phone 5 camera. hehehe.

Not bad quality. Tapi macam same level ngan HTC DESIRE aku yang free tu je.hehehe.

Or even better taken with my HTC DESIRE C. hehehe. Promote tepon kejap. 
with my gorgeous sisters. Im the youngest tapi the fattest of all.

My one and only cousin. Same age.Different status. Ni mak anak satu ok! 
Tetap cun!

My abah. trying his new moustache.

My one and only mak ngah. Thank you for being here.

My older brother and ehem.ehem. the FIANCE.

My kesayangan lagi. Lea please selalu sangat tido kalau amik gambar. :P

My one and only nenek. 

Yang baju melayu putih kilat tu. Bakal pak mentua. First time jumpa.


Patut toncet tu kena pakai yang lagi besar.nampak cam janggal je.Hmm.lesson learnt.

My beautiful mothers. The Future and The Forever Will Be.
I Love You Both!!


With future mak2 sedara and mother in law. Excuse muke yang baru lepas buat aerobik selama 1 jam tu.


Ehem.ehem.Perut buncit!

With my mom and Datin X ( x tau name)

With Zidah My Bff


Eh Sape yang tunang ni?

My younger brother. Orang Kuat Majlis!

Mase tunang x leh rapat2 tau.

Family time!


My super excited siblings!


Malu-malu nak amik gambar.hehehe

Okay nampak x ade jarak tau.Haip.biase ni!

<3











okay kenape ko ade jambang tu?

suke dengan my niece's pose!

Eh.eh,sape yang hensem ni?

My nenek and supermom!

The cousins! Thank you for helping out.

Tiga dara pingitan.Eh yang kiri sekali mak dara tapi badan cam anak dara. Rahsianye??? 
Premium Beautiful laaa..More on that later.

Ok gambar x clear. Sedih!

x clear jugak! ape ni Atek kate S4!!

Sarung cincin. Tapi bakal mak mentua cakap jari aku besar. Nanges. T T

Itu sahaja. bye!